Wednesday, May 5, 2010

something new i should know!

when i open my eyes, my said "jom breakfast kat SP!" my heart whispered, "what? so far just to have a breakfast" then mama ask me to visit mak ngah jan. ceh, that's a prawn beside noodles! during the chit chat, my aunt said, "sambung belajar mana?" i just said, "matrik!" she ask me to go to PUZ n "pejabat tanah" to have the price to further study.. now i know, we can get the ZAKAT as we furthe study!

Monday, May 3, 2010

new determination!!

2010 taun yg mana aku kena buat pilihan.. wah! dah lama jugak aku x buat pilihan nieh :) aku dapat peluang untuk sambung balajar kat kolej matrikulasi perlis ngn uitm perlis.. dua2 jiran n dua2 offer accountancy.. dilema jugak aku skang.. dua2 buat aku pening untuk fikr.. macm mana pun, at last aku pilih untuk sambung kat matrikulasi.. sebab2nya.. 1, aku xnak hidup aku nnti diselubungi dengan pinjaman ptptn.. 2, aku nak sama2 buat degree ngan hubby aku :) kiranya express sikit la :) 3, aku nak diri aku berdisiplin sebab masuk matrik, hidup aku terkawal sikit :) 4, pelajar2 uitm dah terlalu ramai.. silap2 aku boleh kena tendang x dapat dok kolej.. first sem memang la dia kasi aku dok kolej.. lama2... who's know.. aku rasa reasons nieh dah ckup kot ;)




niey matriknieh lak uitm

Friday, April 23, 2010

Matrikulasi @ Universtiti @ asasi :}

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

All the best!!

Monday, March 1, 2010

KEEPING CATS / PETS

varieties of vaccines :
1. 4 in 1: Calicivirus, Herpervirus, Panleukopenia, Chlamydia
2. FIP: Feline Infectious Peritonitis
3. FeLV: Feline Leukemia Virus
4. FIV: Feline Acquired Immunodefficiency Virus

Feline herpesvirus and calicivirus: a common upper respiratory tract infection. Signs including sneezing, eye discharge, bilateral serious nasal (nose) discharge. Also fever, inappetance and dull.

Chlamydia infection : another feline respiratory tract infection. Signs including sneezing, bilatreal serious oculonasal (eyes and nose) discharge, conjuctival chemosis (swollen eyes)

Feline Panleukopia (Feline Distemper): Signs including not eating, skinny, lethargy, despression, vomitting and diarrhea. also high fever and abdominal pain.

FIP: Persistent fever, despression, anorexia, loss weight, abdominal distension, breathing difficulty, etc.

FeLV: Transmission via prolonged contact with infected cat's saliva and nasal secretion. Also thru grooming (sharing water and food sources)
and biting. clinical signs include anorexia, weight loss, despression, non-healing wound, respiratory discharge. vomitting, jaudice, sneezing and nasal discharge, etc.

FIV: Transmitted thru bitting. similar to human HIV (AIDS). not transmitted to human. (no case reported yet)

* Bring them for spaying or castration for unwanted pregnancy!
* Never give PANADOL or CHOCOLATE to the cat!
* Observe their behaviour, appetite, stools and urine colour when suspected illness!
* Never do vaccinations in pet shops or taking medications from pet shops!
* Love them and respect them!

The important of Vaccination : For diseases that can be prevented but very hard to treat or expensive to trear or usually fatal.

Treat them as your family members and protect them as your family members.

Tuesday, February 16, 2010

something in terengganu!

i just left something in tereangganu.. it was my heart! hehe.. 12 haribulan hari tuh aku pegi terengganu untuk kenduri along mie.. kitaorang bertolak lewat sikit around 2 because mama kena g hospital dulu pagi tuh.. sepanjang perjalanan tuh sweet sangat! kitaorang sampai hotel lewat sikit.. around 8 something.. ktaorang menginap kat permai inn a.k.a park inn.. just fine about the hotel.. aku ngan mama, abah hantar mie balik umah around kul 11 selepas round2 sikit KT.. berdebar2 jugak hati aku! ye la kot xsedap mata memandang aku ker.. layanan family mie is good! rancak gak mama borak ngan abah mie.. then pas balik hotel sumer dah letih n zzzzZZzzz...
front look permai inn

Wednesday, January 27, 2010

ya Allah!

hari neih (rabu), suddenly abah call aku yang tengah bermalas2 ngan anak2 aku AT (aben n tara). abah kata nak g amek mama kat office.. sebab mama jadi tak nampak.. so aku pun bergegas lah siap2.. anak2 aku tuh macam taw ja mama diaorang ngan kelam-kabut.. diaorang x kaco aku nak siap.. ajak kuar pun senang xpayah nak kena dukung macam selalu.. pas amek mama.. kitaorang g pusat pakar mata perdana kat bukit mertajam.. doktor tuh cakap yang mata mama ada inner bleeding.. dia x berani nak buat.. dia suruh kitaorang g GMC kat penang.. mama cakap kita g KPJ.. sampai2 ja kitaorang g jumpa dr. sarjit.. dia pun cakap yang mata mama bleeding.. so mama kena masuk wad.. dia cakap nanti maybe nak buat laser kot.. ha.. skang aku citer pengalaman aku jaga mama kat hospital tuh.. ada lah mak cik tuh yang jaga mak dia tuh macam tak bertimbang rasa sangat.. sebab dia pasang tv untill 4.00am!! macam lah dia sorang ja kat bilik nieh.. kalo dia tuh jenis yang pekak, peduli lah tapi yang aku nieh jenis teliga sensitif.. mana boleh tahan.. ok lah.. bateri pun dah low.. aku skang pun ada kat hospital.. sebek ada wifi.. ok chow! sama2 kita doakan mama cepat sembuh la ye..

Monday, January 25, 2010

keja oh keja!

hari nieh aku mencari lagi keja kat internet.. tibe2 aku terfikir nak bukak web admin carrefour.. so aku pun isi la untuk keja as a cashier.. tup2 x sampai sejam, carrefour seberang jaya call aku untuk ambik isi form then interview.. hopefully i get the job sebab malas dah aku nak cari2 lama2... harap keja nieh dapat hilangkan boring aku kat umah tu.. yang dah taw pasal keja nieh just angah ngn mie ja dulu.. malam kang lah time dinner aku gtaw mama ngan abah.. ok chow go to shower!

nieh lah carrefour yang mungkin aku keja tuh